21 Oktober 2024 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Setia (YS) Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, PKPjB Sayani binti Haji Saidon atas penganugerahan Sayap Kehormat dan Pingat Kehormat oleh Disaster Prevention and Mitigation Provincial Office, Narathiwat, Thailand. Penghargaan ini diberikan bersempena dengan 5th International Fire Conference & Exhibition Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre dari 22 hingga 24 Oktober 2024.
Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan atas komitmen dan sumbangan beliau dalam meningkatkan usaha keselamatan kebakaran serta kerjasama antara negara. Acara ini menghimpunkan pakar-pakar keselamatan kebakaran dari seluruh dunia untuk berkongsi ilmu dan teknologi terkini dalam bidang pencegahan bencana dan pemadaman api.
Tahniah kepada YS Pengarah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga JBPM terus cemerlang dalam memikul tanggungjawab menjaga keselamatan awam di negeri Perak dan seluruh Malaysia.