TRONG – Sabtu, 12 April 2025
Satu lawatan mengejut telah dilakukan oleh YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong. Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan anggota serta meninjau keadaan persekitaran balai bagi memastikan perkhidmatan kecemasan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.



