IPOH: 6 Mac 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Abang Bomba 2025. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara anggota bomba dan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan.
Agihan Bubur Lambuk Abang Bomba telah diadakan di Bulatan Aman Jaya, bermula pada jam 5.00 petang hingga 6.00 petang. Hampir 200 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada jabatan dan agensi persekutuan serta negeri di sekitar Ipoh dan Meru Raya.
Program ini juga mendapat sokongan daripada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, yang turut hadir dalam agihan bubur lambuk kepada orang ramai sempena bulan Ramadan
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dalam menjalinkan hubungan erat dengan komuniti serta memupuk semangat kebersamaan dalam menyambut bulan yang mulia ini.








