LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH JBPM KE JBPM NEGERI PERAK

20 MAC 2024 – IPOH: YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak pada hari Rabu, 20 Mac 2024. Beberapa program telah dijalankan bersempena Lawatan Kerja Rasmi Rasmi tersebut.

Pada jam 10.00 pagi, telah diadakan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah JBPM ke Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim. Ketua Pengarah JBPM turut meluangkan masa bersama anggota dalam sesi dialog bagi mendengar sendiri persoalan dan permasalah anggota di balai.

Seterusnya, pada jam 2.30 petang dilangsungkan Majlis Penganugerahan Pangkat (Kehormat) JBPM kepada YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Ketua Pengarah turut menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun yang diadakan di Dewan Banquet, Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebagai penghrgaan kepada seluruh warga Kerja JBPM Negeri Perak bagi menjayakan kesemua program yang telah dirancang, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa (Iftar) bersama Warga JBPM Negeri Perak di Dewan Premier, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.

English EN Malay MS
Skip to content