Bomba Perak sedia 400 batang lemang juadah berbuka puasa bersama media

IPOH, 4 April 2024 – Satu program Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media di Perak telah berjaya dilangsungkan dengan meriah di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya. Majlis itu juga sebagai usaha merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri. Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon yang turut hadir pada sesi gotong-royong berkenaan berkata, antara keunikan program adalah setiap anggota dan pegawai terlibat diminta untuk mengenakan pakaian kain batik bagi wanita, dan kain pelikat bagi lelaki.  Ia sebagai satu cara untuk mewujudkan suasana seperti kenduri-kendara di kampung dalam menyiapkan juadah berbuka dan lemang selain mengeratkan lagi hubungan harmoni dalam kalangan anggota dan pegawai JBPM Perak. Di samping itu, Sayani berkata, Majlis Berbuka Puasa itu juga sebagai usaha merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri bersama pengamal media di Perak.

Program bermula seawal jam 10 pagi dengan sesi gotong-royong penyediaan lemang dan jamuan berbuka puasa oleh 120 pegawai dan anggota. Dianggarkan sebanyak 100 kilogram (kg) beras pulut digunakan untuk dimasukkan ke dalam setiap satu buluh lemang sebelum dibakar. Antara juadah lain yang turut disediakan pada program berkenaan adalah rendang ayam, soto, nasi lemak dan kuih-muih.

Selain aktiviti gotong-royong penyediaan lemang dan jamuan berbuka, antara program lain yang diadakan adalah sesi rakaman Takbir Hari Raya selepas Solat Zohor. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib, Isyak secara berjemaah.

English EN Malay MS
Skip to content