13 September 2023 – RABU : JBPM Negeri pada hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Cawangan Negeri Perak. Kehadiran rombongan telah disambut oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Sayani binti Hajji Saidon, Timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Di dalam kunjungan itu juga telah diadakan dialog dan perbincangan di antara kedua-dua pihak.





