MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH POS DIPANG

14 September 2023 – KHAMIS : Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon telah menghadiri Majlis Pengkisahan Sejarah Pos Dipang: Tragedi 29 Ogos 1996 yang disempurnakan Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan di Dewan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, Meru Raya pada hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Arkib Negara Malaysia, Tuan Zaidin Mohd Noor dan Pengarah ANM Negeri Perak, Puan Shahida binti Mohamad Salleh. Kisah ini adalah menceritakan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, 27 tahun lepas. Ketua Balai BBP Simpang Pulai, PKPgB Haji Shaharuddin bin Tuan Ali yang terlibat semasa tragedi yang berlaku, dijemput menjadi salah seorang dari ahli panel di majlis tersebut.

dipang01
dipang02
dipang03
dipang04
dipang05
dipang06
dipang07
dipang08
dipang09
dipang11
dipang12
dipang10
dipang13
English EN Malay MS
Skip to content