26 April 2022 – SELASA : Program bersama Kempen Keselamatan Kebakaran dan Memerangi Rasuah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan SPRM Negeri Perak telah dilancarkan bersama Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman dan Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Perak, PKPj Jaafar bin Tajudin di Enco Two Sdn.Bhd, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. Kempen bertujuan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan kebakaran dan bahaya rasuah di Pusat Membeli Belah, Pusat Hiburan dan pusat tumpuan ramai di negeri ini.







