26 April 2022 – SELASA : Satu Majlis Berbuka Puasa dan Jalinan Mesra bersama YS Pengarah JBPM Perak, Pegawai-Pegawai Kanan jabatan dan tetamu jemputan telah diadakan di perkarangan BBP Tambun hari ini. Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat diikuti dengan jamuan berbuka puasa. Majlis teruskan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan diakhiri dengan sesi Jalinan Mesra antara tetamu yang hadir bersama pegawai serta anggota balai.









