9 Disember 2021, Khamis: Kempen Keselamatan Kebakaran Poster Bas Perak Transit Berhad bertempat di Terminal Bas Amanjaya, Ipoh. Majlis dirasmikan oleh PgKB I Syed Azman bin Syed Ghazali, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak bersama Dato’ Cheong Peak Sooi, Pengarah Eksekutif Perak Transit. Kempen ini memberikan nasihat kepada semua golongan masyarakat untuk memastikan keselamatan kebakaran berada di tahap yang tinggi. Poster tersebut memberikan kesedaran pentingnya Alat Pemadam Api dan Smoke Detector serta kesedaran tentang bahaya jerigi besi tanpa pintu keselamatan yang dipasang di rumah kediaman.






