7 Disember 2021- Selasa: Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dari Jabatan Kerja Raya kepada JBPM Negeri Perak telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, Ipoh hari ini. Bangunan balai tersebut telah diserahkan kepada Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman oleh Jurutera Daerah Kinta, Ir. Ts. Jeffryl Azniel Bin Adzar. Turut menyaksikan penyerahan ini adalah Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, Ir. Haji Hamdan Bin Ali serta pegawai kanan dari Ibu Pejabat serta Zon 1 Perak, JBPM Perak.