26 Januari 2022 – RABU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah mengadakan satu Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena perayaan Tahun Baru Cina bertempat di Pasaraya TF Value Mart Falim, Ipoh hari ini. Selain melaksanakan pemeriksaan pusat membeli belah pasaraya tersebut, jabatan turut mengadakan kempen Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YS Pengarah JBPM Negeri Perak, PKPjB Azmi bin Osman, pegawai kanan dari Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ketua Zon 1 dan pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat, JBPM Perak.







