23 januari 2022 – AHAD – Latihan Pengungsian Bangunan dan Demo Alat Pemadam Api oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Teluk Intan bersama kakitangan Pusat Dialisis Maaedicare telah diadakan pada hari ini bertempat di Taman Melor Sejati, Teluk Intan. Okjektif latihan tersebut memberi pendedahan tentang tatacara aspek keselamatan jika berlakunya situasi kecemasan dan penggunaan alat pemadam api kepada para pekerja.