19 Januari 2022 – RABU : Hujan lebat yang telah melanda bermula pada lewat petang sehingga 8.00 malam tadi telah menyebabkan air naik mendadak dan mengakibatkan kejadian banjir kilat sekitar Bandaraya Ipoh. Antara kawasan yang terlibat adalah sekitar Pekeliling Ampang Baru dan Jalan Ampang Baru 2. Satu PPS telah dibuka di SJKC Sin Min bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir berkenaan. Namun begitu PPS tersebut telah ditutup pada 20 Januari 2022 jam 1.53 pagi setelah air surut dan mangsa dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.








