20 Januari 2022 – KHAMIS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak adalah di antara yang telah berjaya dianugerahkan 5 Bintang bagi Pengiktirafan Penilaian Penarafan Bintang Pengurusan Pemerkasaan Integriti dan Akauntabiliti JBPM Tahun 2020 dan 2021. Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan di Bilik Mesyuarat Tanjung, Aras G, Ibu Pejabat JBPM Putrajaya dan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid kepada Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman. Tahniah JBPM Perak.