Taklimat dan Suntikan Vaksin Covid-19

9 Mac 2021 (Selasa) – PPgB Muhammad Khairul Izzuan Bin Othman, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, menerima suntikan vaksin Covid -19 di Klinik Kesihatan Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. Ketua Balai dan Anggota Balai turut mendengar taklimat ringkas berkaitan suntikan yang disampaikan oleh Dr. Hidayah. Selepas selesai sahaja taklimat berkaitan suntikan vaksin Covid-19, semua anggota dan Pegawai telah menerima suntikan tersebut. Seramai 30 orang anggota lain-lain pangkat telah menerima suntik vaksin Covid-19 pada 09.03.2021 (Hari ini) dan selebihnya lagi 8 orang anggota pada 10.03.2021 (Keesokkannya).

English EN Malay MS
Skip to content