Lawatan Ketua Pengarah ke Pasukan Bomba Sukarela Palong 6

8 Mac 2021 (Isnin) – YAS Dato’ Sri Mohamad Hamdan Bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM bersama PKPjB Othman Bin Abdullah Pengarah Pembangunan JBPM serta Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat hadir ke Lawatan Pasukan Bomba Sukarela Palong 6, JBPM Negeri Sembilan. Turut Hadir YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan Tn Hj Hamdan bin Hj Ali, Timbalan Pengarah Tn Abd Rahman Bin Ali, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Pengerusi PBS Palong 6 Tuan Hj Yunus bin Maalom bersama 10 anggota PBS Palong 6 hadir dalam lawatan ini.

English EN Malay MS
Skip to content