12 Februari 2025, telah berlangsung Penyerahan Ikan Hiasan Kolam sebagai simbolik kerjasama strategik antara Pejabat Perikanan Daerah Jelebu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Sebanyak 30 ekor ikan hiasan telah diserahkan oleh Encik Mohd Azhar bin Jusoh, Ketua Daerah Perikanan Daerah Jelebu, kepada YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Majlis ini turut disaksikan oleh Penolong-Penolong Pengarah Bahagian serta Ketua Zon Seremban dan Ketua Balai Bomba Seremban 2.
Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara agensi, malah diharapkan dapat menyemai kesedaran kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan sumber perikanan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!






