Program Lapor Diri Pegawai Bomba Gred Kb 19 Bersama PgKB I Abd Rahman Bin Ali Timbalan Pengarah Jbpm Negeri Sembilan

16 Ogos 2022 (Selasa) – Bertempat di Dewan Dato’ Hamzah JBPM Negeri Sembilan, seramai (73) orang anggota lantikan baharu yang telah tamat latihan di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai yang terdiri daripada Pegawai Bomba Gred KB 19 telah melaporkan diri bertugas di JBPM Negeri Sembilan. Mereka telah diberi taklimat awal oleh PgKB I Abd Rahman bin Ali, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan dan penerangan mengenai etika kerja serta tanggungjawab sebagai seorang pegawai Bomba.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua anggota baharu yang akan memulakan tugas”

English EN Malay MS
Skip to content