Program Lapor Diri Pegawai Bomba Gred KB 19

17 Ogos 2022 (Rabu) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan telah memberi taklimat dan penerangan mengenai etika kerja serta tanggungjawab sebagai seorang pegawai Bomba yang bertempat di Dewan Dato’ Hamzah JBPM Negeri Sembilan. Seramai ( 94 ) orang anggota lantikan baharu yang telah tamat latihan di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Akademi Bomba Wilayah Sabah dan Akademi Bomba Wilayah Sarawak terdiri daripada Pegawai Bomba Gred KB 19 telah melaporkan diri bertugas di JBPM Negeri Sembilan. Mereka telah diberi taklimat oleh YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan. dan penerangan mengenai etika kerja serta tanggungjawab sebagai seorang pegawai Bomba.

“Tahniah diucahapkan! Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua anggota baharu yang akan memulakan tugas”

English EN Malay MS
Skip to content