Program Keselamatan di Air, BBP Teluk Kemang

9 Okt 2021 (Sabtu) – Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Teluk Kemang telah menganjurkan program kempen kesedaran dan keselamatan di air. Program yang telah dijalankan bertempat di Pantai Bt 8, Teluk Kemang. Objektif program kesedaran di air ini ialah tentang kegunaan dan penggunaan alat keselamatan “Life Saving Appliances” (LiSA) kepada orang awam. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah edaran pamplet keselamatan di air, pendedahan alat keselamatan di air “PDP” dan akhir sekali, rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar pantai Teluk Kemang. 

English EN Malay MS
Skip to content