9 Okt 2021 (Sabtu) – Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang telah menganjurkan Program Keselamatan Kebakaran di Taman Sunggala, Teluk Kemang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan alat pemadam api “Door To Door” dan pendedahan mengenai cara dan teknik-teknik berkaitan alat pemadam api.