Majlis Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

26.06.2023 Isnin – Majlis Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Majlis telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Majlis dimulakan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Dataran Bangunan Canselori USIM. Pertunjukan Rappelling dan Flying Fox with Stretcher yang dipersembahkan oleh siswa USIM. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Tauliah di Dewan Kolej Genius Insan, USIM.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurusan Tertinggi JBPM dan USIM serta pegawai-pegawai dan warga kerja USIM dan JBPM Negeri Sembilan.

English EN Malay MS
Skip to content