Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban

8 Mei 2023 – Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Meng, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang diiringi oleh YB Tuan Yok Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan, Merangkap Ahli Parlimen P128 Seremban.

Tetamu Undangan yang turut menghadiri majlis perasmian tersebut ialah, Tuan Haji Suhaimi bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin selaku Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JBPMYAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, JBPM Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Pengarah-pengarah Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Komandan Akademi Wilayah Tengah, JBPM, Pengarah- Pengarah Negeri, JBPMPenolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-Ketua Balai serta Pegawai Kanan Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.Turut di hadiri juga daripada Pesara Bomba, Pasukan Bomba Komuniti, Pasukan Bomba Sukarela, Kelab 3K, Ketua Pengarah, Pengarah serta wakil daripada agensi-agensi lain.Persembahan kebombaan semasa majlis perasmian tersebut telah dilakukan oleh Unit Khas Special Tactical Operation and Rescue Team (STORM) dan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Fire and HAZMAT Cenviro Sdn Bhd.

Disamping itu, pameran statik juga diadakan seperti Pameran Keselamatan Di Air; Life Saving Appliances (LiSA), Pameran Bomba Komuniti, Pameran Keselamatan Kebakaran daripada Bahagian Keselamatan, Pameran daripada Bahagian Penyiasatan Kebakaran Kebakaran, Pameran daripada Pusat Peyelidikan Kebombaan (PUSPEK), Pameran daripada Bahagian Unit Udara, Pameran dari Bahagian Operasi dan Penyelamtan, Pameran Unit Khas K9 Unit Khas Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM).Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menghadiri majlis perasmian ini.

English EN Malay MS
Skip to content