Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bersama Perisma Negeri Sembilan dengan penuh kesyukuran telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya JBPM NS Tahun 2025. Sumbangan kuih raya ini telah disumbangkan oleh Bakriyah Negeri Sembilan , Perisma Kebangsaan dan Perisma Negeri Sembilan kepada Bahagian-Bahagian, Zon-Zon dan Balai-Balai di JBPM Negeri Sembilan sempena menghargai pengorbanan barisan hadapan yang bertugas ketika musim perayaan khasnya di Hari Raya Aidilfitrri ini.
Disamping itu juga, turut diadakan penyerahan Kad Raya daripada Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Ts. Norhisham bin Mohamad kepada semua Zon dan Balai-balai JBPM Negeri Sembilan.
Tarikh: 29 Mac 2025 (Jumaat)
Lokasi: Dewan Sukbom, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan
Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan bersama Puan Zuraidah binti Samsudin, Pengerusi PERISMA Negeri Sembilan.
Semoga dengan sumbangan ini, para petugas bomba dapat merasai kemeriahan Aidilfitri walaupun dalam komitmen menjalankan tugas demi keselamatan rakyat. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini!








