Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah mengadakan Program Mantai Perdana sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan!
Tarikh: 29 Mac 2025 (Jumaat)
Lokasi: Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan & Perkarangan Balai Bomba Seremban 2
Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, bersama para pegawai dan anggota bomba. Sebanyak dua ekor lembu telah disembelih dalam program mantai ini, sebagai sebahagian daripada tradisi menyambut Aidilfitri dengan penuh keberkatan.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara warga JBPM tetapi juga sebagai tanda kebersamaan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba. Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam menjayakan program ini!
















