Sempena kedatangan Syawal yang penuh keberkatan, satu Majlis Penyerahan Sumbangan Biskut Raya Kepada Petugas Barisan Hadapan telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira negara yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.
Tarikh: 27 Mac 2025 (Khamis)
Lokasi: Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama YBhg. Datin Hjh Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan.
Sumbangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan amanah, tanpa mengira masa dan keadaan. Semoga biskut raya ini dapat menceriakan Aidilfitri mereka yang bertugas demi kesejahteraan rakyat.
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan atas dedikasi dan pengorbanan Petugas Barisan Hadapan!







