9 September 2022 (Jumaat) – YS TPjB Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Khas HAZMAT & CBRNe bagi Siri 1 Tahun 2022 yang bertempat di Padang Kawad Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YS PPjB Hamdan bin Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka, PPjB Murugiah a/l Muthusamy, selaku Subject Matter Expert Hazmat & CBRNe, pegawai-pegawai Expert Pasukan HAZMAT & CBRNe, pegawai-pegawai kanan JBPM dan pengamal media. Dalam majlis ini seramai 40 peserta kursus dari seluruh negara iaitu melibatkan seramai tiga (3) orang pegawai dari gred KB32-44 dan 27 pegawai dari gred KB19-22 telah ditauliahkan sebagai anggota Pasukan Khas HAZMAT & CBRNe. Dikalangan 40 pegawai tersebut dua (2) daripadanya adalah pegawai Wanita.