Majlis Perhimpunan Bulan September 2022

30 Sept 2022 (Jumaat) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Hadir Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 di Dewan Dato Hamzah, Ibu Pejabat Bomba Seremban 2. YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali menyempurnakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat kepada 14 orang pegawai yang telah dinaikan pangkat KB 26,KB 24 dan KB 22 (KUP).

Dalam Majlis ini, penyampaian Geran Pengurusan telah disampaikan kepada 8 Pasukan Bomba Sukarela. Melengkap atucara Majlis Perhimpunan ini juga Majlis penyerahan cek Koperasi Bomba Berhad kepada pesara Bomba En Ramali bin Arbai, Cek Koperasi Bomba Berhad Insurans, kepada balu PB Mohd Halimi bin Osman, Cek Koperasi Bomba Berhad Anak Cemerlang, dan tuntutan Insurans Bomba Sekarela bagi kes kematian dan kemalangan.

Tahniah diucapakan kepada warga JBPM Negeri Sembilan diatas kejayaan mengekalkan Kecemerlang EKSA kategori CEMERLANG KPKT dan Sijil Penghargaan HRMIS Terbaik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan PgKB l Abd Rahman bin Ali , Penolong- penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua- ketua Balai dan Warga Kerja JBPM Negeri Sembilan.

Sekian Terima Kasih

Pegawai Perhubungan AwamJBPM Negeri Sembilan

English EN Malay MS
Skip to content