Kempen Kesedaran & Keselamatan Awam Musim Perayaan dan Ops Raya JBPM Negeri Sembilan

28 Apr 2021 (Rabu) – Kempen Kesedaran & Keselamatan Awam Musim Perayaan dan Ops Raya JBPM Negeri Sembilan telah diadakan pada jam 10:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Teo Kok Seong (EXCO) (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru). Turut bersama-sama hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan PgKB I Abd Rahman Bin Ali, Penolong Pengarah BKK, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Balai serta Pegawai Kanan Jabatan. 

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah pameran keselamatan kebakaran & bas pameran, perasmian kempen kesedaran & keselamatan awam dan ops raya  Aidilfitri JBPM Negeri Sembilan, Penyerahan sijil kepada pasukan Bomba Komuniti & Skuad Bomba Tahfiz yang telah tamat latihan, Penyerahan APA kepada pasukan Bomba Komuniti & Skuad Bomba Tahfiz, Penyerahan Sijil Perakuan Bomba (FC), Flag Off Jentera Bomba bagi Ops Raya Tahun 2021, Booth promosi Virtual Run 2021, Task Force MBK dimusim perayaan, Edaran risalah & pamplet keselamatan elektrik dirumah, Majlis Keselamatan Aktiviti di Air, Alat Pemadam Api dan buku Pemasangan Jerigi. Anggaran peserta yang menghadiri kempen ini ialah seramai 300 orang. 

English EN Malay MS
Skip to content