Program Singgah Sahur di BBP Senawang

1 Mei 2021 (Sabtu) – Y.A.B Dato’ Aminuddin Bin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), YB Dato’ Hj Mohamad Taufek Bin Abd Ghani (Pengerusi JK Tetap Pembangunan Belia dan Sukan) Adun Paroi dan YS PPjB Hj Hamdan Bin Hj Ali (Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan) hadir ke Program Singgah Sahur Bersama Y.A.B Dato’ Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di BBP Senawang. 

Turut hadir bersama-sama Timbalan Pengarah PgKB II Abd Rahmann Bin Ali, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian , Ketua Zon 1 Seremban, Ketua Balai Senawang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta anggota Balai Polis Senawang. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan disamping bagi meningkatkan ramah mesra dan silaturrahim antara Kerajaan Negeri dan barisan hadapan Negeri Sembilan Bomba dan Polis.  

 

English EN Malay MS
Skip to content