15 APRIL 2024, ISNIN — Pada hari ini telah diadakan Taklimat dan Majlis Selamat Datang Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka. Majlis yang disempurnakan oleh YS PPjB Mohd Pisar Bin Aziz, Pengarah JBPM Negeri Melaka telah disambut oleh PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan juga Ketua-Ketua Balai.
Semoga YS Tuan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya dan dipermudahkan segala urusan di bumi Melaka ini.