PROGRAM KIT INSPECTION DAN URINE TEST DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JASIN BESTARI, MELAKA

23 APRIL 2024, SELASA — Program Kit Inspection dan Urine Test di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Melaka. Program ini bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan peralatan keselamatan diri berada pada tahap terbaik bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Program ini disempurnakan oleh YS PPjB Mohd Pisar Bin Aziz, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Turut hadir bersama PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka dan Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 1, serta Ketua Balai dan 33 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Melaka.

Tambahan lagi, Executive Talk yang disampaikan oleh Pengarah JBPM Melaka dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, diharap dapat menyuntik semangat anggota bagi terus berkhidmat untuk negara.

#MalaysiaMadani#UnityInDiversity#JBPM#manalagimelakaler

English EN Malay MS
Skip to content