SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA TELAH DIADAKAN DI DATARAN AYER KEROH.

31 Ogos 2022 Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Turut hadir YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Jabatan Bomba juga turut serta dalam pameran dan demostrasi pemadaman kebakaran kepada orang awam bagi berkongsi pengetahuan berkenaan dengan kebakaran. Semoga usaha Jabatan yang sedikit ini dapat memberi impak kepada keharmonian dan kebebasan yang kita kecapi pada hari ini. Selamat Hari Kebangsaan. Selamat Hari Kemerdekaan.Teguh Bersama.

English EN Malay MS
Skip to content