PROGRAM KEMBARA MERDEKA 2022″ Kempen Kibar Jalur Gemilang”

28 Ogos 2022 – Program Kembara Merdeka 2022″ Kempen Kibar Jalur Gemilang” dianjurkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka bersama Melaka Truckers Club telah disempurnakan majlis pelepasannya oleh YS PPjB Abu Bakar Bin Katain Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka bersama pegawai kanan jabatan. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kempen kibar jalur gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada tahun ini. Pergerakan kembara bermula daripada RV di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka bergerak ke Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka untuk program pelepasan, kemudian pergerakan ke Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka dan akhir sekali kembara singgah ke Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Melaka.Semoga kemeriahan kemerdekaan ini bukan hanya dilihat dengan mata, tetapi dirasai dengan hati dan jiwa semua rakyat Malaysia. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

English EN Malay MS
Skip to content