PERHIMPUNAN DWI TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA TAHUN 2022.

19 Julai 2022 l 19 Zulhijjah 1443H Perhimpunan Dwi Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka Tahun 2022 anjuran Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Dato’ Sri Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka. Slot pengisian program

  1. Penerima Myportfolio pegawai baru bertukar masuk ke JBPM Negeri Melaka.
  2. Pemakaian tanda pangkat.

YS PPjB Abu Bakar Bin Katain Pengarah JBPM Negeri Melaka turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah berpindah keluar, Pesara-Pesara Bomba, Badan-Badan NGO serta Rakan-Rakan Media yang telah berjasa kepada JBPM Negeri Melaka.YS Pengarah juga turut menyantuni dan memberikan kata-kata semangat kepada dua (2) orang pegawai dari JBPM Negeri Melaka yang telah terpilih bagi mewakili JBPM ke World Police and Fire Games pada 22 hingga 31 Julai 2022 di Rotterdam, Belanda iaitu:-1. PBK II Mohd Noor bin Mohd Sheh – Atlit Badminton2. PB Norfarhan bin Azmi – Atlit BowlingAyuh kita berikan sokongan penuh kepada semua atlit JBPM yang akan mewakili Malaysia di World Police and Fire Games 2022 Rotterdam!!

English EN Malay MS
Skip to content