MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PENTAULIAHAN GURU KADET BOMBA BERSAMA YS PENGARAH.

19 Julai 2022 l 19 Zulhijjah 1443H Kursus ini disertai oleh 35 orang guru daripada Sekolah di Negeri Melaka. Kursus ini akan berlangsung daripada 19 Julai 2022 sehingga 21 Julai 2022 yang merangkumi sesi teori dan praktikal.Tenaga pengajar juga daripada kalangan Pegawai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka yang terlatih dan mempunyai kelayakan. Diharapkan Kerjasama yang baik daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka dapat sentiasa dikekalkan.Kepada guru-guru kadet yang baru, selamat bertugas dan selamat maju jaya.

English EN Malay MS
Skip to content