PENGLIBATAN DALAM PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, AZAN, NASYID DAN QASIDAH PERINGKAT KPKT

3-7 APRIL 2023, ISNIN-JUMAAT ; Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka turut menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan Qasidah peringkat KPKT Tahun 2023M/1444H yang telah diadakan secara atas talian untuk peringkat saringan sebelum layak ke pertandingan akhir yang diadakan secara bersemuka di KPKT. Pertandingan atas talian telah berlangsung selama 5 hari iaitu 3 hingga 7 April 2023. Peserta hafazan wanita mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah layak ke pusingan akhir dan berjaya dinobatkan johan dalam acara tersebut.

Tahniah diucapkan kepada pemenang hafazan wanita, juga kepada semua peserta acara-acara yang dipertandingkan dan kepada semua jawatankuasa yg menjayakan program secara langsung dan tidak langsung.

English EN Malay MS
Skip to content