KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

4 APRIL, SELASA : Kunjungan hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.

Rombongan ini yang diketuai oleh YS. PPJB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Bomba Negeri Melaka. Turut hadir PGKB II Muhammad Izwan Arief bin Mat Nor Penolong Pengarah Operasi, PGKB II Zulkifli bin Nordin, Penolong Pengarah Keselamatan Kebakaran dan PPGB Mohd Hanif bin Mustafa, Pegawai Perhubungan Awam . Tujuan Kunjung hormat diadakan adalah untuk membincangkan program bagi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang akan diadakan di Negeri Melaka selain bertukar pendapat dan idea mengenai risiko kebakaran.

Semoga kunjungan ini dapat mencapai matlamat dan hubungan baik dimasa-masa akan datang.

(Sumber gambar : MBMB)

English EN Malay MS
Skip to content