KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2022.

Pada 14 hingga 15 Jun 2022 telah berlangsung Kursus Psychological First Aid (PFA) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka.Kursus ini melibatkan seramai 25 orang peserta di kalangan anggota unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) JBPM Negeri Melaka. Objektif kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pengurusan dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masalah kesihatan mental pada diri sendiri dan di kalangan rakan sekerja. Selain itu, latihan amali Psychological First Aid (PFA) turut disampaikan sebagai pendedahan terus kepada peserta yang terlibat.YS PPjB Abu Bakar Bin Katain Pengarah JBPM Negeri Melaka berkesempatan merasmikan kursus tersebut dan perasmian penutupan serta penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh wakil YS Pengarah JBPM Negeri Melaka iaitu PKPgB Mohd Hairi Affendy Bin Razali dari Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Negeri Melaka.Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar itu Dr. Norma Binti Sabtu, Pegawai Psikologi Kaunseling serta wakil dari JKNM dan MERCY Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada urusetia dan peserta kursus yang terlibat.

English EN Malay MS
Skip to content