KURSUS PENGUKUHAN PEMANDUAN KENDERAAN KECEMASAN MOTOSIKAL RAPID INTERVENTION MOTORCYCLE (RIM) NEGERI MELAKA SIRI 1/2022

Pada 14 hingga 16 Jun 2022 telah berlangsung Kursus Pengukuhan Pemanduan Kenderaan Kecemasan Motosikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM) Negeri Melaka Siri 1/2022 anjuran Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.Kursus ini melibatkan seramai 17 orang peserta di kalangan anggota unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) JBPM Negeri Melaka dan disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu PKPgB Mohamad Hamdan Bin Sudin (Advisor RIM), PBK II Abdillah Bin Hamid (Instructor RIM) dan PBK II (TBK 1) Amran Bin Daud (Instructor RIM) dari JBPM Negeri Melaka.Objektif kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kompetensi di dalam pengurusan dan pengendalian motosikal sebagai medium kenderaan kecemasan berdasarkan Job Performance Requirement yang telah ditetapkan. Kursus ini mengandungi teori konsep penunggangan berhemah, pemeriksaan dan penyelenggaraan asas motosikal termasuk peralatan operasi dan Asas Pertolongan Cemas (BLS). Kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta menerusi gerak kerja simulasi pemadaman dan penyelamatan menurut Prosedur Keluaran Operasi serta Latihan Litar Penunggangan dan Imbangan. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh PgB Mohd Faizul Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Melaka.

English EN Malay MS
Skip to content