Tarikh : 10 – 11 Jun 2025
Tempat : Kompleks Ibu Pejabat JBPM Labuan
Sebanyak 8 acara penuh cabaran telah berlangsung dengan penyertaan seramai 80 anggota bomba dari pelbagai pasukan, menunjukkan kecekapan, ketangkasan, dan semangat juang luar biasa!
Antara acara yang dipertandingkan:
1. Extreme Obstacle Course
2. 100 Meter Fire Obstacle Course
3. Mighty Firefighter
4. Duo Technical Rescue Challenge
5. Rapid Intervention Team (RIT)
6. Toughest Bomba Alive
7. Ultimate Bomba Warrior Challenge
8. Long Lay On Battle
Dengan sokongan padu dari 17 orang pengadil dan 8 anggota logistik, pertandingan ini berlangsung dengan jayanya, penuh aksi dan semangat kesukanan yang tinggi.
Pertandingan ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal dan teknikal anggota, malah memperkukuhkan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga bomba.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi! JBPM Labuan terus komited dalam melahirkan anggota bomba yang cekap, tangkas dan berwibawa