Tarikh : 07 Jun 2025
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Labuan
Majlis ibadah korban JBPM W.P Labuan telah diadakan pada 07 Jun 2025 bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Rancha-Rancha Labuan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia W.P.Labuan.
Jumlah keseluruhan lembu yang disembelih pada tahun ini sebanyak 4 ekor yang mana 2 ekor lembu telah disumbangkan oleh YB Dato’ Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan masing-masing kepada JBPM W.P Labuan dan Jabatan Imigresen Malaysia W.P Labuan.
Sekalung penghargaan Dan terima kasih kepada YB. Kedua-dua Jabatan ini telah bekerjasama dalam menganjurkan program Ibadah Korban pada tahun ini.
Proses penyembelihan Dan melapah lembu dijalankan secara bergotong-royong dikalangan warga JBPM W.P Labuan Dan JIM W.P Labuan. Daging korban ini juga diagih-agihkan kepada fakir miskin dan asnaf sekitar W.P Labuan