cover

Kebakaran Rumah Flat Sri Johor

Kejadian kebakaran rumah di Blok 31 Flat Sri Johor, Jalan Jelawat 2,Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 21:17 pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Bandar Tun Razak dan jentera bantuan daripada BBP Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras bersama jentera FRT-3, Water Tanker-3, dan EMRS-1, ALP-1, TTL-1, RIM-2 dengan kekuatan 35 orang anggota lain-lain pangkat. Menurut Komander Operasi Kanan PKPjB Hj Nordin Bin Pauzi, setibanya jentera dilokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebanyak 8 buah rumah ditingkat 4. Setiap unit dianggarkan berkeluasan 20×40 kps. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100% keseluruhan tingkat yang terlibat. Operasi pemadaman menggunakan teknik water tower menggunakan jentera khas AERIAL LADDER PLATFORM (ALP) dan TURN TABLE LADDER (TTL). Kebakaran tidak melibatkan mangsa, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.Sekian, Info daripada PGOKL.(LAPORAN DIKELUARKAN – AHAD, 19/12/2021 )

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=bomba.kualalumpur&set=a.4655823424509506

English EN Malay MS
Skip to content