Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 01:22:43 am, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Taman Tun Dr Ismail dan jentera bantuan daripada BBP Sri Hartamas bersama jentera keluaran FRT-2, EMRS-1, dengan kekuatan seramai 15 orang anggota lain-lain pangkat. Operasi turutdisertai, Angkatan Pertahanan Awam (APM) 8 anggota, PDRM 11 anggota dan PPUM 3 anggota. Menurut Komander Operasi Kanan PgKB I Khairul Azuwan Bin Ibrahim, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap 4 buah rumah kediaman. Seorang mangsa didapati tertimbus sehingga paras pinggang. Pasukan BOMBA berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat. Mangsa seorang wanita berumur lingkungan 70an mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke PPUM menggunakan ambulan KKM. Pasukan BOMBA menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi sebarang kemerbahayaan. Lokasi kejadian telah ditutup atas faktor keselamatan.
https://www.facebook.com/media/set/?vanity=bomba.kualalumpur&set=a.4655823424509506