YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan menerima sumbangan bahan makanan untuk petugas barisan hadapan musim tengkujuh dari Puan Rozana binti Azlan, (Eksekutif bekalan Kilang Beras Bernas,Peringat Kota Bharu) Kelantan pada Ahad( 31 Oktober 2021) di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan. Sumbangan ini membuktikan bahawa agensi swasta mengambil berat dan prihatin terhadap petugas barisan hadapan yang berdepan risiko serta tugas berterusan dalam menangani pandemik Covid-19 dan musim banjir. Jabatan merakamkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut. Hadir sama adalah PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, PgKB II Zamri bin Mohd Yusob, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran.
JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN