Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan majlis memperingati hari keputraan Rasulallah SAW pada Ahad( 31 Oktober 2021) yang berlangsung di surau Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan. Antara aktiviti yang dilangsungkan adalah, ceramah agama, tahlil dan selawat yang dipimpin oleh PBK I Zaimi bin Samat bersama warga jabatan mengikut SOP yang telah ditetapkan.Sebagai usaha untuk memeriahkan sambutan dan menyemarakkan sambutan, sesi persiapan hidangan juadah diadakan secara bergotong-royong yang dipimpin oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Kelantan, dibantu Kakitangan Gunasama, Pekerja Pejabat, Pegawai jabatan serta anggota bertugas.