Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan turut serta dalam Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2021 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 31 Ogos 2021(Selasa) secara atas talian. Penyertaan tersebut dihadiri oleh YS PPjB Jainal @ Zainal Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Bahagian, Encik Mohd Hakam Adli bin Mohd Shamsudin, Bahagian Keselamatan Kebakaran yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JBPM Negeri Kelantan. Manakala Ketua Zon Machang bersama pegawai, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, bersama anggota bertugas, Ketua Balai Bomba Jeli, Ketua Balai Bomba Tok Bali ( Atas talian).