YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2021 pada Khamis(26 Ogos 2021) yang dilangsungkan di Dataran Dato’ Haji Soiman dengan mematuhi prosedur operasi seragam(SOP). YS Turut memasang Jalur Gemilang di kenderaan RIM serta mengibar Jalur Gemilang bersama pegawai yang hadir semasa kenderaan jabatan melalui pentas adalah PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Ketua –ketua Bahagian, Ketua Zon Machang, Ketua Balai Tunjung, Maskot Kampen Keselamatan Kebakaran(EDIE),anggota RELA, serta anggota Balai Bomba Tunjung.