Tarikh :18 Disember 2024 (Rabu)
Masa : 1600-1700
Tempat : Bilik Gerakan Banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Ir Ts. Khasrul Azam, Ketua Seksyen Pengurusan GIRN, Bahagian Pembangunan Keselamatan MKN dan Encik Ahmad Azira Ayob , Pengarah Program GIRN.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk tujuan pemantauan persediaan komunikasi Government Integrated Radio Network (GIRN) di Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri-negeri yang terjejas banjir.
Turut sama hadir ialah TPgB II Mohd Faizol Hisam Bin Abdullah mewakili Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat.
Sekian, terima kasih
Unit Perhubungan Awam Negeri






